Tahukah Anda?
Al-Quran terbentuk daripada perkataan yang berulang-ulang.
Ingat 900 perkataan, Faham 80% Al-Quran
Dengan hanya 15 minit, anda boleh merasai kelebihannya
- Mudah
Belajar dalam skop kecil dan senang dikuasai. - Berkesan
Fokus pada kalimah al-Quran yang paling kerap berulang. - Cepat Mahir
Mantapkan ingatan melalui pengulangan dan latihan. - Pemahaman Jelas
Rasai peningkatan pemahaman ketika membaca al-Quran. - Ketahui Prestasi Diri
Lihat tahap penguasaan setiap kalimah secara visual.
Think Quran Disokong dalam 9 Bahasa
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris
Bahasa Indonesia
Bahasa Khmer
Bahasa Melayu
Bahasa Malayalam
Bahasa Thai
Bahasa Turki
Bahasa Urdu
Pilih Pakej Anda
Premium 👍 Paling Popular
- Buka semua topik & Word Quest
- Tanpa iklan
- Ulas kesilapan & analitik prestasi
- Akses seumur hidup
- Kelas tadabbur harian (pagi)
Apa kata mereka?
“Aplikasi Think Quran mudahkan pengguna belajar ikut masa sendiri”
Datuk Seri Abdul Rahman Osman (Mufti Pahang)“Memang bagus aplikasi seperti itu, hanya menerusi telefon semua orang boleh belajar mengaji di mana-mana sahaja mereka berada. Hanya mahu atau tidak sahaja untuk belajar. Pilih sahaja mana-mana masa sesuai dalam 24 jam sehari. Satu usaha yang baik dan perlu disokong.”
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Pulau Pinang)“Think Quran istimewa dan lain daripada aplikasi lain. Apabila saya menemukan Think Quran, saya rasa aplikasi ini mudah untuk kita belajar kerana menyeronokkan dan tidak membosankan. Dalam tempoh sebulan, saya sudah memasuki ayat ke-255 (Ayatul Kursi) dalam surah al-Baqarah.”
Asmawi Ani (Mawi) (Penyanyi dan penyampai radio)“Think Quran ni memang best. Saya cuba untuk belajar, seolah-olah saya bermain game internet. Bezanya cuma saya jadi pandai bahasa Arab. Dengan Think Quran ini, saya rasa seolah-olah bahasa al-Quran sangat dekat dengan saya.”
Saniah Daud (Pensyarah)“Bila saya guna Think Quran, ia memudahkan saya untuk belajar walau dalam keadaan yang santai kerana ia menggunakan teks yang mudah dibaca dan warna yang menenangkan. Yang paling best, ada kata-kata inspirasi, membuatkan saya semangat nak belajar. Sangat recommended!”
Hasmirah (Admin swasta)Alami keajaiban terbesar dari diri anda dengan memahami al-Quran
Solat yang lebih khusyuk
Cinta yang mendalam terhadap al-Quran kerana menghayati setiap kisah dan pengajaran daripadanya
Menjadi contoh terbaik untuk ahli keluarga
Hidup dengan penuh keyakinan terhadap janji-janji Allah
Menjadi orang yang berilmu, produktif, dan berintegriti
Memberi impak positif kepada masyarakat kerana mengamalkan gaya hidup mengikut perspektif al-Quran
Petikan Suci
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada Allah. Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.”
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran. Maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” ~ (Al-Qamar:17)
“Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan Bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” ~ (Yusuf:2)
Dengan bismillah, marilah kita bersama-sama ubah cara hidup melalui kaedah pembelajaran bahasa Arab al-Quran dengan senang, menarik, dan efektif.
15 minit sehari ↑
Mari Belajar